Assalamualaikum w.r.b.t. Nafis . Baru-baru ni Pak Ngah telah bersembang dengan Mama dan semasa Pak Ngah borak-borak dengan Mama , Mama telah menceritakan sedikit sebanyak tentang Nafis berkenaan penerimaan Nafis tentang vaccine COVID-19 . Mama kata Nafis telah menolak bulat-bulat untuk di Vaccine .
Pak Ngah tak sangka Nafis telah melakukan perkara tersebut . Oleh demikian Mama telah menyuruh Pak Ngah untuk bagi advise kepada Mohd Nafis agar Mohd Nafis berubah pendirian Mohd Nafis dan agar Mohd Nafis buat keputusan yang betul supaya tidak menjejaskan kesihatan Mohd Nafis dan jugak orang-orang sekeliling Mohd Nafis , lebih-lebih lagi your parents , that is , Mama dan Abah dan jugak adik-adik Mohd. Nafis , that is , Mohd. Naqib and Mohd. Naim .
Pak Ngah dulu pun takut jugak untuk di vaccine..........takut-takut nanti ada side effect.........takut-takut nanti selepas vaccine Pak Ngah akan sakit teruk dan sebagainya . Itu bermakna bukan Pak Ngah takut mati , cuma Pak Ngah takut untuk berjumpa dengan Doctor......itu saja . Because Pak Ngah masa Pak Ngah kecik-kecik dulu Pak Ngah dah puas berjumpa dengan Doctor .
Masa Pak Ngah berada didalam Kindergarten di Port Dickson , masa Pak Ngah tengah bermain dengan kawan-kawan sebaya Pak Ngah , Pak Ngah telah terjatuh daripada atas meja ke bumi , akibatnya , tangan kanan Pak Ngah retak , Pak Ngah dibawa berjumpa dengan Doctor dan tangan kanan Pak Ngah telah di cement-kan oleh Doctor untuk rawatan . Masa Pak Ngah Standard 2 or Standard 3 di Port Dickson apabila Pak Ngah sedang bermain di playground bersama kawan-kawan yang sebaya dengan Pak Ngah , ketika bermain di atas papan gelongsor , Pak Ngah telah terjatuh ke bumi daripada atas papan gelongsor . Akibatnya , tangan kanan Pak Ngah terseliuh dan Pak Ngah telah dibawa berjumpa dengan Doctor dan tangan kanan Pak Ngah telah di cement-kan oleh Doctor untuk rawatan . Ketika abang Pak Ngah , yakni Bob Fadzil ( yang jugak Bapak Saudara Nafis , yang di gelar Pak Long Bob , yang telah meninggal dunia yang tinggal di Selayang , SELANGOR ) , sedang berbincang untuk melangsungkan pernikahan beliau dengan Kak Che Nah ( Mak Long Bob ) dirumah Brigadier Khalid ( bakal abang ipar Pak Long Bob , kerana Kak Che Nah , yakni Mak Long Bob , adalah adik kepada istri Brigadier Khalid ) yang berada diatas bukit , Pak Ngah ( ketika itu , kalau tak silap , Pak Ngah baru Standard 1 ataupun Standard 2 ) telah di bawa oleh Pak Long Bob untuk menemani Pak Long Bob ke rumah Brigadier Khalid . Bila perbincangan sedang berlangsung , Pak Ngah telah bermain-main dengan anak-anak Brigadier Khalid yang sebaya dengan Pak Ngah . Ketika menaiki basikal ( Pak Ngah duduk diatas palang " basikal lelaki " ) yang di pandu oleh salah seorang daripada anak Brigadier Khalid , kami berdua telah turun bukit dengan lajunya menggunakan basikal dan seterusnya basikal tidak dapat dikawal oleh anak Brigadier Khalid , dan kami berdua telah terjatuh daripada basikal kami . Pak Ngah telah tercedera dengan teruk tetapi anak Brigadier Khalid cuma cedera ringan . Akibatnya , mulut Pak Ngah berlumuran dengan darah dan gigi Pak Ngah banyak yang patah dan Pak Ngah telah dibawa ke Hospital lagi untuk berjumpa dengan Doctor . Beberapa batang gigi terpaksa dicabut .
Jadi , to cut a long story short ......... Pak Ngah dah puas dah berjumpa dengan Doctor ......... Pak Ngah dah puas dah kena cucuk jarum ....... dan sebagainya .......... jadi baru-baru ni bila Pak Ngah dengar nak kena cucuk jarum untuk vaccination COVID-19 , Pak Ngah seram jugak . Ha-Ha-Ha-Ha . ( LOL ) .
Walau bagaimanapun , demi untuk kesihatan/keselamatan Pak Ngah dan ahli keluarga Pak Ngah dan jugak orang-orang sekeliling Pak Ngah yang Pak Ngah dampingi atau akan Pak Ngah dampingi dimasa akan datang , seperti orang-orang Mesjid , adik beradik Mak Ngah , adik Pak Ngah yakni Mama , Abah , Mohd Nafis , Mohd Naqib , Mohd Naim dan lain-lainnya , Pak Ngah telah memberanikan diri Pak Ngah untuk mengambil suntikan vaccine COVID-19 , dan sehingga saat ini , Insya-ALLAH , Pak Ngah tidak menerima apa-apa kesan sampingan selepas menerima 2 dos suntikan vaccine COVID-19 daripada pihak kerajaan .
Contoh....contoh....contoh......katakanlah di takdir selepas Pak Ngah menerima vaccine COVID-19 , Pak Ngah sakit , Pak Ngah GOL , Pak Ngah mati .......... itu adalah ketentuan ALLAH S.W.T. .......itu adalah QADA dan KADAR , dan sebagai orang ISLAM , dan sebagai orang MUKMIN , dan sebagai umat Nabi Muhammd S.A.W., dan sebagai seorang Khalifah diatas bumi ALLAH ini , kita wajib percaya NOBODY IN THIS WORLD CAN HARM YOU NAFIS , NOBODY IN THIS WORLD CAN HURT YOU NAFIS , NOBODY IN THIS WORLD CAN DESTROY YOU NAFIS , NOBODY IN THIS WORLD CAN KILL YOU NAFIS , kalau ALLAH S.W.T tak izinkan ( without God's permission ) . Nafis , PLEASE ! do not believe all these conspiracy theories regarding COVID-19 vaccination and please watch this video . There are many videos out there on the Internet to proof to you that all these conspiracy theories are wrong but Pak Ngah cuma bagi satu saja. Eventhough if I were to show you so many videos out there , BUT IF YOU FIX YOUR MIND NOT TO GET YOURSELF VACCINATED , THERE IS NOT MUCH I CAN DO .
So , my advice to you ........ Mohd. Nafis ....... GET HOLD OF YOURSELF ....... BE A MAN .......GET YOURSELF VACCINATED .
Yang tulus ikhlas ,
Bapak Saudara Mohd Nafis ,
NORIZAN BIN HASSAN .
No comments:
Post a Comment